Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, usahawan yang mencetuskan pelbagai kontroversi sebelum ini, dilihat sudah kembali ke Malaysia selepas beberapa tahun menetap di luar negara. Beliau sebelum ini berhijrah ke Australia pada 2021 selepas berdepan tekanan akibat isu perundangan dan kecaman masyarakat.
Menerusi perkongsian di Instagram, Muhammad Sajjad memuat naik gambarnya di dalam pesawat serta pemandangan udara kawasan perumahan, mengesahkan kepulangannya.
“Alhamdulillah.. selamat sampai.. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri,” tulisnya dalam kapsyen.

Rata-rata netizen menyambut baik kepulangannya, dengan ramai mengucapkan selamat pulang. “Welcome home, Sajat,” tulis seorang pengguna, manakala yang lain meluahkan keterujaan, “Alhamdulillah, akhirnya dapat balik kampung jumpa mak ayah anak-anak.”
- Aliff Daniel, ibu ditahan JAIS, 14 individu lain bakal dipanggil bantu siasatan
- Syed Saddiq gesa tindakan tegas terhadap negara jiran susulan isu jerebu
- ‘Saya kagum dengan sejarah kalian, namun…’ – Ryzal Ibrahim
- Polis cari saksi kemalangan maut di Lebuhraya Cheras-Kajang
- ‘Mak cik nak jalan kaki, anak kemalangan’ – Pilu ibu kehilangan anak tunggal lelaki
Namun, ada juga yang risau dengan reaksi masyarakat terhadapnya. “Risau pulak nanti ada yang mendengki bila Sajat balik Malaysia ni,” kata seorang netizen. Muhammad Sajjad membalas komen itu dengan nada optimis, “In sha Allah.. semuanya ok nanti.. janji balik kampung.”
Buat masa ini, masih belum jelas sama ada Muhammad Sajjad akan terus menetap di Malaysia atau hanya pulang buat sementara waktu. Namun, kepulangannya jelas menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen.








