MSM catat kerugian RM49.7 juta pada suku ketiga - The Reporter

MSM catat kerugian RM49.7 juta pada suku ketiga

MSM catat kerugian
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Malaysia Holdings Berhad (MSM), pengeluar jenama gula bertapis terkemuka negara, Gula Prai, melaporkan kerugian selepas cukai sebanyak RM49.7 juta bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir Disember 2024.

Kerugian ini meningkat berbanding tempoh sama tahun lepas sebanyak RM36 juta, disebabkan oleh pengukuhan Ringgit berbanding Dolar AS yang mengakibatkan kerugian pertukaran mata wang asing.

Hasil bagi suku ketiga mencatatkan peningkatan sebanyak tujuh peratus kepada RM861 juta berbanding RM807 juta pada tahun sebelumnya. Untuk sembilan bulan pertama 2024, hasil meningkat 21 peratus kepada RM2.60 bilion, didorong oleh peningkatan jualan sebanyak tujuh peratus dan kenaikan Harga Jualan Purata (ASP) sebanyak 14 peratus.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM, Syed Feizal Syed Mohammad berkata, pengukuhan sementara Ringgit menyebabkan hasil dalam Dolar AS diterjemahkan lebih rendah, terutamanya daripada kontrak eksport.

Tambah beliau, langkah-langkah telah diambil untuk mengurangkan kesan situasi serupa pada masa depan, dan sebahagian besar kerugian adalah belum direalisasikan, dijangka berbalik kepada keuntungan positif pada suku keempat.

Syed Feizal menjelaskan, industri gula ketika ini menerima insentif RM1/kg sejak November 2023, dengan MSM menerima 24,000 MT sebulan. Namun, insentif ini hanya mencukupi untuk menampung kos operasi, memandangkan kos pengeluaran terus meningkat akibat pertukaran mata wang, harga NY11, dan kos pengangkutan.

Beliau menekankan harga runcit gula di Malaysia sebanyak RM2.85/kg adalah terendah di rantau ini, berbanding RM5.80/kg di Indonesia dan RM9.00/kg di Filipina.

MSM optimis dengan keputusan lebih baik pada suku keempat dan yakin dapat menutup tahun ini dengan prestasi tahunan yang lebih kukuh. Syarikat itu berharap kerajaan akan mempertimbangkan mekanisme penetapan harga yang mampan untuk memastikan keterjaminan makanan dan kelangsungan industri gula tempatan.

Sumber: Malaysia Gazette

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!