Bekalan telur masih stabil walaupun subsidi dikurangkan – Mohamad Sabu | The Reporter

Bekalan telur masih stabil walaupun subsidi dikurangkan – Mohamad Sabu

Mohamad Sabu bercakap mengenai bekalan telur ayam yang kekal stabil di sebalik pengurangan subsidi
“Bekalan telur masih stabil walaupun subsidi dikurangkan,” kata Mohamad Sabu

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Walaupun subsidi telur ayam dikurangkan sejak 1 Mei lalu, orang ramai masih dapat membeli telur dengan mudah seperti biasa kerana bekalan telur masih stabil.

Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, ini membuktikan bahawa sistem pengeluaran makanan negara kini lebih kuat dan tidak bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan.

“Bekalan telur ayam di pasaran kekal stabil dan mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat, walaupun kadar subsidi telah dikurangkan sebanyak 5 sen sejak 1 Mei 2025.

“Ini membuktikan bahawa langkah pengurangan subsidi yang dilaksanakan kerajaan tidak menjejaskan rantaian bekalan telur ayam, malah menunjukkan keupayaan sistem pengeluaran tempatan yang semakin mampan dan berdaya tahan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Baca juga:

Apa akan jadi selepas 1 Ogos nanti?

Mulai 1 Ogos 2025, subsidi telur akan dihentikan sepenuhnya. Keputusan ini dibuat selepas kerajaan yakin pihak industri mampu terus memastikan bekalan mencukupi tanpa perlu bergantung kepada subsidi jangka panjang. Malah, langkah ini juga selaras dengan usaha kerajaan menyasarkan subsidi secara lebih berkesan, agar hanya sektor dan kumpulan yang benar-benar memerlukan menerima bantuan.

Kementerian menjelaskan kawalan harga dan subsidi yang terlalu lama boleh menjejaskan daya saing industri serta memberi tekanan kepada kewangan negara. Dengan pengeluaran telur yang kekal stabil, ia menjadi bukti bahawa dasar penyasaran semula subsidi ini berada di landasan yang betul.

Sumber: Facebook Mohamad Sabu

Related Posts