Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Keputusan sebulat suara keluar Barisan Nasional (BN) pada Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) MIC ke-79 bukan sekadar perubahan haluan politik, tetapi luahan rasa jenuh yang selama ini terpendam.
Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran menegaskan akar umbi mahu parti “menjadi alternatif baharu” selepas berdekad bergantung dalam gabungan tersebut.
Dalam sidang media semalam, Vigneswaran tidak berselindung apabila menyatakan, “Kita just fed-up.. Kita ada maruah dan tiada kekangan kes jenayah. Kami tak tikam sesiapa.”
Baca juga:
- Akmal kemas pejabat Exco, pilih prinsip berbanding jawatan
- ‘Saya akan lahirkan 300,000 lagi Akmal Saleh untuk hentam mereka!’
- ‘You Never Walk Alone’, kita sama-sama lawan DAP – Afnan
Beliau berkata MIC mahu membuat keputusan berdasarkan prinsip, bukannya bermain politik atau tunduk kepada tekanan. Usul keluar BN dibawa oleh semua MIC negeri, manakala mandat penuh untuk menentukan langkah rasmi seterusnya diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).
Keputusan rasmi dijangka diumumkan dalam masa terdekat termasuk sama ada MIC akan menyertai gabungan baharu, selepas perbincangan dengan pihak yang relevan.
Sokongan kekal kepada PM
Vigneswaran turut menjelaskan bahawa dilema parti bukan berpunca daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah, beliau mengakui bertemu PM dua hari lalu untuk memberi gambaran sebenar mengenai kemelut MIC.
“Kekangan kami bukan datang dari PMX dan PH tetapi kita berada dalam BN,” katanya sambil menjelaskan MIC tetap menyokong Perdana Menteri untuk tempoh dua tahun sebelum pilihan raya.
Ditanya sama ada ada pertemuan dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkaitan keputusan keluar BN, Vigneswaran menjawab ringkas: “Tiada.”
Sumber: Kosmo! Online








