MET Malaysia jelaskan kesan letusan Gunung Berapi Ruang pada ruang udara Malaysia | The Reporter

MET Malaysia jelaskan kesan letusan Gunung Berapi Ruang pada ruang udara Malaysia

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Susulan kejadian letusan Gunung Ruang di Indonesia, syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) dan AirAsia membatalkan beberapa penerbangan kedua-dua arah ke Sabah dan Sarawak.

Pihak AirAsia dalam satu kenyataan berkata, semua penumpang terjejas dinasihatkan untuk menyemak status penerbangan terkini mereka di airasia.com/flightstatus.

“AirAsia telah memaklumkan semua tetamu yang terjejas. Tetamu yang melancong ke atau dari destinasi yang terlibat digalakkan untuk menyemak e-mel dan telefon bimbit berdaftar mereka untuk pemberitahuan pembatalan.

“Tetamu AirAsia yang melakukan perjalanan ke atau dari destinasi yang terjejas amat digalakkan untuk menyemak status penerbangan terkini mereka di airasia.com/flightstatus,” katanya.

Dalam pada itu juga, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan menyatakan kesan letusan tersebut menyebabkan operasi penerbangan di Sabah dan Sarawak terjejas selain mengundang risiko keselamatan pesawat.

https://twitter.com/metmalaysia/status/1780880361062588695

“Ketinggian letusan yang dicerap adalah sehingga 55,000 kaki dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat,” katanya.

Bagaimanapun, kualiti udara permukaan di Sabah dan Sarawak tidak terjejas berdasarkan pencerapan indeks pencemaran udara (IPU).

Dalam pada itu juga, MET Malaysia meminta orang ramai peka dengan sebarang info yang dikeluarkan oleh MET Malaysia.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Related Posts