Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Mahkamah Majistret Muar mengenakan denda RM2,800 terhadap seorang wanita warga Indonesia yang mengaku bersalah atas pertuduhan menjalankan aktiviti persundalan dalam pondok di sebuah kebun sawit, pada Jun lalu.
Ibu kepada seorang anak, Ilah Jamilah, 40, mengaku bersalah di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.
Pada 23 Jun 2024, jam 7.30 petang, Ilah didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di pondok kebun di Jalan Paya Panjang, Bukit Pasir.
Ketika diserbu polis, Ilah ditemui berada dalam pondok tersebut bersama dengan seorang lelaki warga Bangladesh yang disyaki sebagai pelanggannya.
Pemeriksaan lanjut kemudian menemui alat pencegah kehamilan yang sudah dan belum digunakan, tisu, minyak pelincir dan wang tunai berjumlah lebih dari RM900.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam, didenda RM2,800 dan diperintah menjalani hukuman penjara selama tiga bulan jika gagal membayarnya.
Ilah gagal membayar denda tersebut dan dihantar ke Penjara Kluang untuk menjalani hukuman penjara.
Sumber: Kosmo! Online








