Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, hari ini memaklumkan beliau telah menerima memorandum daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM) yang menuntut penambahbaikan dalam aspek pemantauan keselamatan serta usaha menangani salah laku buli di semua institusi pendidikan bawah KPM.
Menurut Fadhlina, cadangan yang dikemukakan akan diteliti termasuk melibatkan sokongan psikososial, latihan kepada guru dan warden, modul pendidikan ibu bapa, pemantauan di institusi pendidikan serta pelaksanaan pelan anti-buli.
Baca juga:
- Ucapan anak Allahyarham Dr Aiman sentuh hati ramai
- PN ucap tahniah kepada Vijay, puji kemenangan TVK di Tamil Nadu
- ‘Type M, C dan I bukan lagi gurauan, tapi kemarahan tersirat’ – Zahid Hamidi
Langkah KPM Perkukuh Keselamatan
Beliau turut menjelaskan, KPM kini sedang melaksanakan beberapa inisiatif penting bagi memperkukuhkan aspek keselamatan di sekolah dan asrama. Antaranya termasuk audit keselamatan, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), serta penubuhan jawatankuasa reformasi keselamatan.
Fadhlina menegaskan, usaha mengekang salah laku buli memerlukan kerjasama semua pihak. Beliau turut mengalu-alukan pandangan masyarakat bagi mewujudkan ekosistem pendidikan yang lebih selamat.
Sumber: Facebook Fadhlina Sidek








