Menteri Agama santuni rakyat Palestin di pusat rawatan, baby Mustafa curi tumpuan ramai | The Reporter

Menteri Agama santuni rakyat Palestin di pusat rawatan, baby Mustafa curi tumpuan ramai

Tangkap layar TikTok dsdrnaim

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kunjungan Menteri Agama, Dato’ Setia Dr. Naim ke pusat rawatan yang menempatkan rakyat Palestin yang tercedera mencuri perhatian ramai.

Kunjungan beliau ke sana juga telah disambut mesra oleh rakyat Palestin di sana.

Kesempatan dan peluang tersebut juga, digunakan oleh beliau untuk beramah mesra dengan rakyat Palestin serta menyampaikan bantuan.

@dsdrnaim

Saya telah melakukan kunjungan ziarah kepada rakyat Palestin yang sedang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Ziarah ini telah diiringi oleh Lt. Jeneral Dato’ (Dr) Zulkefffeli bin Mat Jusoh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia bersama Mejar Jeneral Dato’ Haji Mohd Rashidi bin Bujai, Ketua Pengarah, Kor Angkatan Tentera dan Brigedier Jeneral Dato’ (Dr) Haji Mohamed Hatta bin Haji Manis, Pegawai Memerintah, Hospital Angkatan Tentera. Saya telah menyampaikan sedikit bantuan kepada seluruh mangsa yang terlibat sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin selain merupakan sokongan padu kepada keprihatinan tinggi YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim , Perdana Menteri dengan nasib rakyat Palestin yang ditindas serta dinafikan hak mereka oleh pihak Israel. Mewakili seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan bersama warga Kementerian Pertahanan Malaysia dan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur atas segala usaha memberikan perkhidmatan rawatan terbaik kepada semua mangsa. Marilah bersama-sama kita terus berdoa agar semua mangsa yang sedang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur diberikan kesembuhan oleh Allah Subhanahu Wataala. Pada masa sama, kita mendoakan agar rakyat di Palestin diberikan kesejahteraan dan keselamatan. #MenteriAgama #MalaysiaMadani #KerajaanPerpaduan #AlFalah #PelanAlFalah

♬ original sound – Dato’ Setia Dr. Naim – Dato’ Setia Dr. Naim

Antara yang mencuri tumpuan ramai adalah seorang bayi lelaki yang bernama Mustafa yang kehilangan sebelah matanya dipercayai aikbat terkena serpihan bom.

Mustafa dikatakan kehilangan ibunya yang telah mati syahid dan dia diselamatkan di bawah runtuhan bangunan. Kini, neneknya yang menjaga Mustafa.

Difahamkan, pakar mata di negara kita akan membuat rawatan yang sebaik mungkin buat kanak-kanak lelaki ini.

Sementara itu, rakyat Malaysia menitipkan penghargaan kepada Menteri Agama serta anggota Anggota Tentera Malaysia yang menyantuni rakyat Palestin.

Related Posts