'Mengurangkan tekanan murid' - Fadhlina perjelas KPM mansuh peperiksaan di sekolah | The Reporter

‘Mengurangkan tekanan murid’ – Fadhlina perjelas KPM mansuh peperiksaan di sekolah

Sumber Gambar: SumberKini

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini Kementerian Pendidikan (KPM) telah memutuskan kekal dengan keputusan terdahulu untuk memansuhkan kedua-dua peperiksaan UPSR dan PT3.

Keputusan tersebut juga telah mengundang pelbagai persepi masyarakat dan rata-ratanya tidak bersetuju dengan pemansuhan tersebut.

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata tindakan berkenaan adalah bertujuan untuk mengurangkan tekanan murid sekolah.

Sehubungan dengan itu, KPM mengambil pendekatan agar tumpuan pembelajaran di sekolah berasaskan inquiry (pertanyaan), eksplorasi, pengalaman, contextual (mengikut konteks) serta pentaksiran yang sepenuhnya melihat kepada pembangunan holistik murid.

Jelasnya, pentaksiran bilik darjah ini akan beri satu tanda aras lebih baik khususnya untuk melihat dan menilai murid lebih holistik melibatkan komponen pentaksiran bilik darjah, jasmani, sukan dan kurikulum dan juga psikometrik serta kecenderungan murid.

“Pendekatan yang kita ambil untuk memastikan tiada lagi tumpuan diberikan kepada orientasi peperiksaan dan mengurangkan tekanan mereka, sebaliknya menawarkan satu ekosistem pembelajaran jauh lebih menarik,” katanya.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, KPM sentiasa memberi keutamaan dalam hal kebajikan dan kesejahteraan murid termasuk psikososial dan kesihatan mental murid antaranya melaksanakan Saringan Minda Sihat sebagai mekanisme pengesanan awal untuk mengenal pasti murid berhadapan gangguan emosi.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts