Mengenakan fesyen persis Old Money, Dma Islam curi tumpuan ramai hadir audition One In a Million | The Reporter

Mengenakan fesyen persis Old Money, Dma Islam curi tumpuan ramai hadir audition One In a Million

Sumber Gambar: Tangkap Layar TikTok Dma Islam

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Nama pempengaruh ini cukup terkenal dengan teori-teori yang disampaikan dengan cara tersendiri. Walaupun sering menerima kecaman, dia seolah ‘kebal’ dengan segala kritikan yang dibuat.

Nama Dma Islam sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila videonya dirakam menghadiri satu ujibakat yang dikendalikan oleh sebuah stesen televisyen.

Mengenakan pakaian seperti fesyen ‘old money’, beliau dengan gaya bersahaja mencuba untuk menyanyi di atas pentas dengan membawakan lagu Untukmu Sayang.

Ketika juri bertanyakan tentang reaksi mukanya yang serius, dia menjawab dia merupakan seorang yang sentiasa serius.

Reaksi tersebut katanya merujuk kepada dirinya seorang lelaki maskulin. Baginya lelaki maskulin adalah seorang lelaki yang kuat, sentiasa melindungi dan menyediakan segala keperluan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan samada kehadirannya ke uji bakat berkenaan sekadar konten atau minat dengan nyanyian.

Rata-rata netizen terkejut dengan melihat penampilan pempengaruh berkenaan ke pentas ujibakat tersebut sehingga ada yang beranggapan kemunculan Dma Islam ke sana juga seolah membazirkan masa peserta lain.

Related Posts