Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menegaskan penguasaan bahasa Melayu perlu kekal menjadi keutamaan bagi setiap lapisan rakyat negara ini sebelum menguasai bahasa asing lain.
Ahli Lembaga Pengelola DBP Dr Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul Razy berkata usaha memperkasa bahasa kebangsaan bukan bermaksud menolak kepentingan bahasa asing sebaliknya bagi memastikan generasi muda memiliki asas bahasa Melayu yang kukuh sebagai identiti dan teras jati diri bangsa.
“Kita perlu berusaha mengukuhkan bahasa Melayu namun dalam masa sama tidak menjadi kesalahan mempelajari bahasa lain kerana ia penting untuk menyerap ilmu pengetahuan atau memenuhi keperluan pekerjaan.
“Bahasa Melayu tidak boleh diabaikan. Ia bukan sekadar alat komunikasi tetapi cerminan minda, nilai dan tamadun bangsa,” katanya.
Baca juga:
- Sanusi, Ketua Penerangan UMNO Rembau dipanggil polis bantu siasatan
- ‘Takdak kedai Siam susah kami nak makan’ – Kieda Crepe
- ‘Masyarakat tidak nilai berapa banyak bintang di bahu kita’ – Ayob Khan
Ahmad Fadhlil berkata usaha memperkasa bahasa Melayu perlu diteruskan agar kekal sebagai bahasa ilmu, ekonomi dan teknologi selaras dengan aspirasi negara untuk memperkukuhkan identiti nasional dalam dunia moden.
Sumber: The Sun








