Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Cabaran yang ditempuhi oleh dua orang adik beradik yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah mereka dalam pertandingan deklamasi sajak peringkat kebangsaan menyentuh hati ramai.
Kisah yang dikongsikan oleh cikgu Sharif menerusi TikTok itu bagaikan membawa satu inspirasi kepada semua untuk tidak berputus asa untuk mencapai kejayaan.
Bakat dua pelajar berkenaan yang dikenali sebagai Manda dan Lendu dicungkil ketika Cikgu Sharif mengadakan satu uji bakat di Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong Widu, Tambunan, Sabah.
Apabila dikhabarkan oleh cikgu Sharif tentang kejayaan dua pelajar berkenaan yang mara ke peringkat akhir, senyuman gembir terukir di wajah mereka. Namun apabila sahaja cikgu Sharif memaklumkan mereka berdepan dengan kos perbelanjaan ke Johor, riak wajah mereka mula bertukar.
“Berkongsi sedikit kisah perjalanan dua beradik Lepu & Manda untuk mengejar impian untuk membawa nama sekolah nun jauh di pedalaman, daerah dan negeri di kebangsaan dalam Pertandingan akhir Deklamasi Sajak SKM kebangsaan di Johor.
“Banyak cabaran berliku kami lalui termasuk, sesi latihan siang malam, Kos perbelanjaan dan sebagainya,” katanya.
Bagaimanapun, berkat kesabaran mereka, akhirnya mereka tersenyum semula apabila ramai pihak yang sudi menaja kos perbelanjaan mereka.
Lagi membanggakan, kedua-dua beradik ini memperoleh kejayaan dalam pertandingan tersebut.
Lepu dinobatkan sebagai Johan bagi kategori tahun empat (lelaki), manakala Manda merangkul Naib Johan untuk kategori tahun enam (perempuan).
Sumber: TikTok Cikgu Sharif








