'Memandai je kata orang Melaka suka cakap kasar & mencarut' - The Reporter

‘Memandai je kata orang Melaka suka cakap kasar & mencarut’

Sumber gambar: Expedia Malaysia

Persepsi yang sering beredar di media sosial mengenai orang Melaka yang suka bercakap kasar dan mencarut-carut kini menjadi perbincangan hangat di platform X baru-baru ini. Namun, adakah persepsi ini benar-benar mencerminkan realiti percakapan sehari-hari di kalangan penduduk Melaka?

Orang Melaka dikenali dengan budaya yang kaya dan warisan yang unik. Namun, imej mereka sebagai penutur kata-kata kasar dan mencarut-carut telah menjadi stereotaip yang menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat. Bagaimana sebenarnya cara percakapan orang Melaka?

Menurut seorang pengguna X yang dikenali sebagai Ain berkata, orang Melaka yang dikenalinya tidaklah seburuk yang didakwa.

“My parents in law asal dari Melaka. Kalau musim raya pun, saya ikut suami balik dan jumpa saudara mara di Melaka. Sekali pun saya tak pernah dengar mereka bercakap kasar, mencarut-carut sesama mereka,” katanya.

Tegasnya, persepsi negatif ini sebenarnya tidak mencerminkan realiti.

“Adik-adik saya pun berjodohan dengan orang Melaka. Pun sama, saya tak pernah dengar pun benda carut-carut ni. Elok je semua gelak-gelak, gurau-gurau tanpa mencarut atau cakap kasar. Orang yang suka mencarut ini, mana-mana negeri pun sama. Benda ini terpulang pada sikap individu itu sendiri.”

Tidak Semua Orang Melaka Sama

“Kalau orang kata, ‘Kau tunggu la time diorang marah, dengar apa yang keluar dari mulut diorang.’ Eh, saya bukan sebulan dua kenal orang Melaka. Memang kalau marah pun, tak ada saya mendengar carutan keluar dari mulut masing-masing,” ujarnya.

Pandangan itu turut disokong netizen lain yang berkongsi pengalaman serupa. Mereka juga tidak pernah mendengar orang Melaka bercakap kasar atau mencarut. Persepsi negatif ini mungkin timbul akibat tindakan individu yang tidak bertanggungjawab, yang menularkan pandangan yang tidak benar sehingga mencemarkan tanggapan orang lain terhadap orang Melaka.

Persepsi yang mengatakan orang Melaka suka bercakap secara kasar dan mencarut perlu dihentikan. Realiti percakapan seharian menunjukkan tidak semua orang Melaka sama. Dan sikap individu tidak boleh digeneralisasi kepada seluruh komuniti.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!