MCMC sahkan video tular pijak Al-Quran rakaman lama | The Reporter

MCMC sahkan video tular pijak Al-Quran rakaman lama

MCMC sahkanvideo tular individu memijak Al-Quran yang disahkan sebagai rakaman lama di Singapura.
Gambar: FMT, SKMM

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan satu lagi video tular yang memaparkan seorang individu memijak Al-Quran merupakan video lama bertarikh 2024 dan insiden tersebut berlaku di Singapura.

Video berkenaan kini menjadi perhatian setelah dimuat naik semula sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Menurut SKMM, pihaknya menerima aduan daripada orang awam mengenai kandungan video tersebut yang berunsur penghinaan terhadap agama Islam. Berdasarkan siasatan awal, individu terbabit dipercayai warganegara Singapura.

Baca juga:

“MCMC sedang bekerjasama dengan platform media sosial terlibat, termasuk Threads, Facebook dan TikTok, bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil, termasuk menyekat penyebaran dan akses kandungan berkenaan di Malaysia.

“Sebarang penyebaran kandungan yang menyentuh sensitiviti agama dan berpotensi menggugat keharmonian masyarakat majmuk negara merupakan satu perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan undang-undang selaras peruntukan berkuat kuasa,” tegas SKMM.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan semula video berkenaan.

Related Posts