Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Mayat seorang wanita ditemui terbaring di tepi jalan di kawasan Durian Burung, semalam.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, mayat mangsa berusia 30-an itu ditemui oleh orang awam pada jam 7 malam.
Pemeriksaan kemudian mendapati, terdapat kesan tembakan di badan mangsa yang dipercayai warga Thailand.
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanut.
Polis sedang giat mengesan suspek yang dipercayai telah melarikan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro








