Mayat budak lelaki ditemui ditanam di Jempol, bapa ditahan | The Reporter

Mayat budak lelaki ditemui ditanam di Jempol, bapa ditahan

Pasukan forensik dan polis mengangkat mayat dari lokasi semak di Jempol, berhampiran trak forensik di laluan tanah merah.
Pasukan forensik bersama polis membawa keluar mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui ditanam di kawasan semak di Rompin, Jempol petang tadi. | Kredit gambar: Harian Metro

Mangsa dilaporkan hilang sejak 24 Julai, mayat ditemui di Rompin

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Taman Bukit Indah, Johor Bahru pada 24 Julai lalu, ditemui ditanam di kawasan semak di Rompin, Jempol, Negeri Sembilan petang Isnin, 28 Julai 2025.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, mengesahkan penemuan itu susulan penahanan seorang lelaki berusia 36 tahun yang merupakan bapa kepada mangsa.

“Mayat kanak-kanak ditemui kira-kira jam 4.30 petang hasil maklumat suspek yang ditahan oleh polis Kontinjen Johor,” katanya.

Siasatan awal mendapati kes disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca juga:

Dilaporkan hilang oleh bapa sendiri, kini jadi suspek utama

Mangsa, M Tishant | Kredit gambar: Media Sosial

Sebelum ini, media melaporkan mangsa, M Tishant, dilaporkan hilang oleh bapanya sendiri pada jam 2.15 pagi, 24 Julai lalu di Balai Polis Iskandar Puteri. Namun siasatan mendapati kejadian sebenar dipercayai berlaku di Johor sebelum mayat ditanam di Negeri Sembilan.

Mayat kini dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. Kes turut disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 sewaktu mangsa masih diklasifikasikan sebagai orang hilang.

Sumber: Harian Metro

Related Posts