Mayat 2 lelaki ditemui dalam lubang pembetung, disyaki cuba mencuri kabel - The Reporter

Mayat 2 lelaki ditemui dalam lubang pembetung, disyaki cuba mencuri kabel

Foto ihsan orang awam

Dua lelaki ditemui mati terperangkap dalam sebuah lubang pembetung pada jam 8 pagi tadi di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Kemunting.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, dua lelaki itu dipercayai cuba mencuri kabel milik sebuah syarikat telekomunikasi.

Pada awalnya, orang awam menyedari lubang pembetung itu kelihatan terbuka lalu memaklumkan perkara itu kepada syarikat telekomunikasi tersebut untuk datang membuat pemeriksaan.

Setelah diperiksa, mereka menemui mayat dua lelaki terbabit, lalu segera menghubungi pihak bomba untuk mengeluarkan mayat tersebut.

Siasatan lanjut kemudian mendapati, terdapat kabel yang telah dipotong pada satu lagi lubang pembetung yang terletak kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk tindakan lanjut.

Sumber: Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!