Mat Sabu tanam bawang rose Ehsan di kediaman rasmi menteri | The Reporter

Mat Sabu tanam bawang rose Ehsan di kediaman rasmi menteri

Mat Sabu
Sumber Gambar: FB Mohamad Sabu

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, meraih perhatian ramai apabila memanfaatkan kawasan lapang di kediaman rasmi menteri dengan mengusahakan tanaman bawang.

Menerusi perkongsian di Facebook, Mohamad Sabu berkata, beliau telah menyemai sebanyak 1,000 benih bawang rose Ehsan yang dilakukan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Datuk Dr. Mohamad Khairil.

“Bang Mat memanfaatkan kawasan yang ada di kediaman rasmi menteri dengan menyemai 1,000 benih bawang rose Ehsan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Datuk Dr. Mohamad Khairil.

“Kaedah yang Bang Mat gunakan ialah “Raised Garden Box” dengan keluasan 20′ x 20′, supaya tanaman lebih teratur dan mudah untuk diuruskan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan, kunjungannya ke Selangor Fruit Valley sebelum ini untuk melihat penanaman bawang rose Ehsan di kawasan seluas 25 ekar.

“Sebelum ini, Bang Mat telah berkunjung ke Selangor Fruit Valley untuk melihat penanaman bawang rose Ehsan di kawasan seluas 25 ekar.

“Usaha ini selaras dengan komitmen kita bersama dalam memastikan keterjaminan makanan negara. Insya-Allah, semoga usaha ini membuahkan hasil yang bermanfaat,” katanya.

Related Posts