Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Media sosial hari ini dikejutkan dengan perkembangan terkini kes pembunuhan seorang kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan.
Lebih mengejutkan, tular beberapa dakwaan didedahkan oleh pihak ketiga di Telegram yang belum diketahui kesahihannya. Sekali gus menambahkan lagi kekeliruan dalam kes yang sudah pun mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat.
Dalam masa yang sama, seorang pengusaha makanan yang beroperasi di Seri Kembangan didakwa mengambil kesempatan daripada situasi tersebut untuk mempromosikan produknya.
Pengusaha tersebut dikatakan membuat kenyataan di akaun media sosialnya yang menyebut tentang kes Zayn Rayyan dan mempromosikan produk ‘Shaker Fries’ miliknya.
“Tengah baca-baca kes Zayn Rayyan. Misteri betul ya kisahnya. Moga yang terbaik untuk arwah Zayn Rayyan.
“Kalau korang penat berfikir, rehat sekejap dengan Shaker Fries H#####l. Lepas tu boleh sambung balik sambil makan,” tulisnya di akaun X.
Tindakan pengusaha tersebut mendapat kecaman hebat dari netizen kerana dianggap tidak sensitif dan menjijikkan.
‘Tak sensitif‘
‘Otak letak dekat mana?‘
‘Boikot dan report’
Walaupun mendapat reaksi negatif, ciapan yang dimuat naik sejak jam 2.43 petang Khamis masih belum dipadamkan.