'Marketing gempak, tapi layanan sampah' - Pelanggan kecewa dengan layanan staff restoran Pak Mat Western - The Reporter

‘Marketing gempak, tapi layanan sampah’ – Pelanggan kecewa dengan layanan staff restoran Pak Mat Western

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Dua hari yang lalu, seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diterima di restoran Pak Mat Western melalui platform TikTok.

Pengadu dengan nama @akumemehati mendakwa bahawa layanan restoran tersebut tidak memuaskan.

Menurutnya, walaupun restoran tersebut mempunyai strategi pemasaran yang menarik, namun layanan terhadap pelanggan kurang memuaskan. Pengadu berasa kurang senang dengan cara staf restoran menjawab soalan pelanggan dengan nada sarcastic.

Segalanya bermula dengan kesilapan pekerja restoran yang tersilap menghantar minuman. Pengadu cuba memberitahu staf tentang kesilapan tersebut, namun reaksi yang diterima sangat mengewakan. Staf restoran tersebut tidak meminta maaf, sebaliknya memberikan reaksi yang menghampakan.

@akumemehati

Food 8/10 Service 4/10. Satu lagi masalah, suka bagi oder tak complete. #pakmatwestern #fyp #fypシ #malaysia #fypage

♬ Gwenchana ku menahan rasa sakit – Shanoon music

Pelanggan dimarah sebab tak tahu prosedur?

“Marketing je gempak. Customer tanya soalan, diorang balas nak tak nak dengan bagi jawapan sarcarstic gila. Tahulah bukan artis.

“Hari tu nak dijadkan cerita, diorang salah bagi air. Aku pergilah tegur. Siap aku bangun sendiri lagi dari meja, pergi tegur dekat tempat diorang masak tu.

“Sebab diorang busy, lepas tu diorang balas, “Oh sini bukan tempat buat air, sini tempat makanan”.

“Lah, manalah aku tahu. First time datang situ. Dengan dia bagi face expression menyampah. Datang balik tak cakap maaf ke apa sebab diorang salah bagi air. Macam kita pula yang salah.

“Tak suka bila first time pergi kedai makan, diorang balas (layan) kita macam kita ini tahu tempat diorang. Siap marah sebab tak tahu prosedur dekat situ macam mana.

“Kitorang nak support orang Melayu buat busines, tapi itulah.

Semak balik servis layanan

Tinjauan di ruangan komen juga menunjukkan reaksi yang sama.

Seorang netizen bernama Hazleeza mendakwa, suaminya juga pernah mengalami situasi yang sama.

“Weyh betul. Husband saya kena juga. Just tanya nasi goreng dah siap ke belum sebab dah lebih sejam menunggu dan satu menu itu saja yang belum sampai. Staff dia marah dengan buat muka.”

Seorang lagi netizen bernama Nabil Adha mencadangkan agar restoran tersebut memeriksa semula layanan mereka terhadap pelanggan dan kualiti makanan yang disediakan.

“Pak Mat Western, check balik servis layanan terhadap pelanggan, kualiti makanan. Insha-Allah tambat hati peminat.”

Sumber: TikTok

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!