Mangsa banjir kecewa, bantuan dari Khairul Aming dicatu penghulu | The Reporter

Mangsa banjir kecewa, bantuan dari Khairul Aming dicatu penghulu

Bantuan banjir Khairul Aming

Mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tumpat 1 meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan pihak tertentu yang mencatu barangan bantuan yang sepatutnya diagihkan secara adil.

Bantuan tersebut dihantar oleh Khairul Aming, seorang pempengaruh dan usahawan yang terkenal dengan produk makanan.

@user34417455075593

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


MEMANG TERUK KENA DUDUK PPS SK TUMPAT 1, BANYAK BARANG YANG SAMPAI TAPI YANG DIBAGI HANYA SEDIKIT SHJ. MEMANG TERUK KETUA KAMPUNG SINI (TOK NGULU LIE). SY TAK NAFIKAN MUSIM SEKARANG MEMANG TAK CUKUP BEKALAN MAKANAN TAPI BARANG2 MEMANG BANYAK SAMPAI TAPI YANG DIBAHAGI HANYA SEDIKIT SHJ. DIORANG SANGGUP ASINGKAN BARANG2 YANG SEPERTI DALAM VIDEO. PENGALAMAN SY SEBELUM INI DEKAT PPS BANJIR JIKALAU ADA BARANG YANG SAMPAI, LEPASTU PERLU DIAGIHKAN KAD PPS HARUS DITANDA BAHAWA BARANG TERSEBUT DAH DAPAT TETAPI DISINI KAD DITANDA TETAPI BARANG TAK DAPAT. SAYA DAH BERTANYA KEPADA TOK NGULU LIE TAPI DIA BERITAHU BANTUAN DARI KHAIRUL AMING NIE BAWAHAN DIA JADI SESUKA HATI DIA NAK BUAT MACAM MANA. #PPSSKTUMPAT1 #fyp #fypシ゚ #foryoupage #banjir2024 @Khairulaming

♬ La Illah Ela Allah – Mohamed Youssef

Menurut mangsa, Khairul Aming dan pasukannya telah menyediakan bungkusan makanan dan keperluan asas dengan rapi untuk setiap keluarga. Namun, sebaik tiba di PPS, bungkusan tersebut didakwa telah dibuka oleh penghulu kampung dan pihak tertentu sebelum barangan itu diasingkan mengikut kehendak mereka sendiri.

“Khairul Aming dah pesan dalam siaran langsung, satu bungkusan besar itu adalah untuk satu keluarga. Tapi bila sampai sini, bungkusan itu dibuka dan diagihkan sesuka hati,” kata salah seorang mangsa yang kecewa.

Tindakan itu turut menyebabkan sebahagian besar mangsa hanya menerima barangan asas seperti biskut dan mi segera. Ada juga yang mendakwa terdapat kad pengesahan penerimaan bantuan yang ditanda, tetapi barangan yang sepatutnya diterima tidak diberikan kepada mereka.

“Barangan bantuan yang dihantar sebenarnya mencukupi untuk semua mangsa, tetapi apa yang diberikan hanya sedikit. Pengalaman saya sebelum ini, semua bantuan akan ditandakan dan diserahkan kepada yang berhak. Tapi di sini, kad ditanda, tetapi barangnya tak sampai,” kata seorang mangsa lagi yang mendakwa tindakan itu tidak amanah.

Mangsa turut mendakwa ketua kampung, yang dikenali sebagai Tok Penghulu Lie, bertanggungjawab terhadap pengagihan bantuan ini. Namun, mereka kecewa apabila bantuan daripada Khairul Aming dianggap sebagai milik peribadi bawahannya dan bukan untuk diagihkan secara adil kepada mangsa.

Seorang lagi mangsa menyuarakan rasa simpati terhadap usaha sukarelawan yang bekerja keras untuk menyediakan bantuan tersebut.

“Penat mereka bungkus barang-barang itu berjam-jam, tetapi akhirnya tidak diserahkan dengan baik. Ini sangat mengecewakan,” ujarnya. – The Reporter

Related Posts