'Mandi setiap hari tidak memberi manfaat kepada kesihatan' - Pakar - The Reporter

‘Mandi setiap hari tidak memberi manfaat kepada kesihatan’ – Pakar

Gambar hiasan (A.I)

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pakar berpendapat, amalan mandi setiap hari tidak memberikan manfaat kepada kesihatan dan menganggapnya sebagai amalan yang diterima secara sosial untuk mengelak dituduh berbau busuk, seperti yang diakui oleh selebriti Hollywood, Jake Gyllenhaal dan Mila Kunis yang mengaku jarang mandi.

“Kenapa kita mandi? Kerana kebanyakan kita takut orang lain memberitahu bahawa kita berbau,” kata pakar alam sekitar, penulis adn juga pelatih gaya hidup dari United Kingdom, Donnachadh McCarthy.

Donnachadh McCarthy

McCarthy mengakui dia hanya mandi sekali dalam tempoh sebulan, untuk membantu alam sekitar. Itu adalah pilihan gaya hidupnya selepas tinggal bersama masyarakat orang asli Amazon, Yanomami.

Pakar perubatan juga berpendapat, obsesi terhadap kebersihan sebenarnya aboleh membahayakan kesihatan seseorang.

Dermatologi (pakar kulit) Manhattan, Dr. Julie Russak berkata, mandi berpanjangan dan setiap hari boleh menghilangkan mikrobiom kulit, yang memainkan peranan dalam melindungi kulit dan juga sangat penting untuk kesihatan keseluruhan badan.

Pada tahun 2021, penyelidik di Harvard Health mendapati, 66 peratus orang Amerika mandi setiap hari. Laporan pada tahun 2005 pula menyatakan, orang inggeris hanya mandi sekali atau dua kali sehari.

Dalam pada itu, pakar menasihatkan orang yang mempunyai masalah kulit kering atau mengalami masalah kulit seperti ekzema, tidak kerap mandi kerana ia boleh merosakkan mikrobiom kulit.

Sumber: New York Post

Total
0
Shares
Total
0
Share