Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Menuntut ilmu tidak mengira faktor umur atau status individu. Semua layak menikmati ilmu yang dipelajari kerana ilmu itu sebagai satu panduan dalam hidup, tidak kira ilmu dari segi pendidikan mahupun agama.
Ada yang merasai peluang untuk menambahkan ilmu dari kecil lagi. Ada yang tidak sempat untuk belajar atas faktor kewangan dan juga keluarga.
Namun, kisah yang dikongsikan oleh wanita yang merupakan seorang jurumekap dan peniaga kosmetik ini menyentuh hati ramai.
Katanya, semasa kecil dia tidak sempat merasai peluang untuk belajar Al-Quran dengan sebaiknya. Ketika umurnya hampir menjengah ke 30 tahun, barulah dia mendapat peluang itu.
“Semasa berada di Mekah, saya berasa malu apabila tidak dapat mengaji dengan sebaiknya. Azam saya ketika itu, jika masih diberi peluang ke Mekah, saya mahu pandai mengaji,” katanya.
Apa yang membuatkan hatinya tersentuh apabila anak sulungnya menenangkan hatinya apabila dia mula menangis.
Katanya, anak dia datang memeluknya dan memintanya sabar.
“Pia (anak) kata, ‘tak apa mama, Allah tak tengok permulaan hidup, tapi Allah tengok pengakhiran hidup kita’.
“Sepatutnya saya sebagai ibu, saya yang mengajar anak saya mengaji. Tapi anak saya lebih pandai mengaji dari saya.
“Saya rasa malu sebab umur dah hampir 30 tahun, tapi belum pandai mengaji,” katanya.
Sumber: emirzaelly2