Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kerap ditinggalkan teman lelaki, dihina secara halus oleh golongan lelaki yang tidak guna, semua itu menyebabkan wanita ini hilang keyakinan diri. Namun setelah bertahun-tahun diperlakukan seperti itu, dia tekad mahu berubah dan ‘membalas dendam’, sekaligus membuktikan bahawa dia mampu untuk bangkit.
FAKTA: ‘TINGGALKAN SAJA ORANG-ORANG YANG SELALU BERI NEGATIVE VIBE DALAM HIDUP KITA’
Masa itu hati ini rasa pecah. Kemudian aku date pula dengan orang lain dan lelaki itu kata macam mana pun aku kena naik berat badan sampai 45 kilogram. Aku terus lagilah tak ada selera nak makan sebab hari-hari makan hati.
Tahun kedua, dia berlaku curang dengan seorang perempuan yang memakai tudung dan punyai ciri-ciri yang dia mahukan. Selepas itu, aku putuskan hubungan dengan semua lelaki-lelaki yang tidak berguna ini. Aku tekad aku akan bagi orang nampak aku sebab aku selalu kena reject.
Aku makan pil untuk membantu berat badan aku naik. Lama-lama aku semakin berselera dan lama-lama itu senyum pun semakin bright. Setelah bertahun-tahun, baru tahun ini aku mendapat kembali keyakinan dalam diri ini. Rasa bahagia. Dari berat 37 kilogram, naik ke 47 kilogram.
Kalau orang kata kita tak cantik, orang itu bukanlah orang yang terbaik untuk kita. The best way untuk revenge is to proof them that they are wrong. Biar mata orang itu terbeliak melihat kita. Kalau dengan someone itu kita rasa kita tak berharga, tinggalkan saja. It’s okay to choose yourself and to love yourself.


















