Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Malaysia terkenal dengan pelbagai kebudayaan, lokasi dan pemandangan yang indah dah menawan.
Kehadiran pelancong asing saban tahun ke negara kita juga membuktikan masyarakat kita mengamalkan sikap menghormati kunjungan pelancong luar.
Kajian yang didedahkan menerusi sebuah portal laman web kewangan, Insider Monkey juga secara jelas menyatakan Malaysia menduduki tangga pertama dalam senarai 20 negara paling disayangi di Asia.

Malaysia ditempatkan pada kedudukan tertinggi kerana jumlah ranking yang konsisten dengan markah keseluruhan 0.701, sementara Taiwan berada di tangga kedua dengan memperoleh 0.595 markah.
“Malaysia ialah negara yang paling disayangi di Asia kerana ia berada pada kedudukan tinggi pada semua metrik yang dipertimbangkan dalam penyelidikan kami. Ia adalah negara keenam paling demokratik di benua itu.
“Selain itu, ia merupakan negara kelima yang paling banyak dilawati di Asia dan mengalu-alukan lebih dari 10 juta pelancong pada tahun 2022.
“Pelancong tertumpu ke negara Asia Tenggara ini bukan sahaja untuk mendapatkan pengalaman pantai yang menakjubkan dan kehidupan bandar yang mewah, tetapi juga untuk meneroka budaya dan tradisi tempatan, yang diperkaya oleh penduduk tempatan yang mesra dan ramah,” tulis portal berkenaan.
Sumber: Insider Monkey