Malaysia duduki tempat ke-5 di dunia masalah diabetes - The Reporter

Malaysia duduki tempat ke-5 di dunia masalah diabetes

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Diabetes atau kencing manis merupakan penyakit yang sering kedengaran menyerang warga emas. Namun begitu, golongan muda juga mudah untuk mendapatkan penyakit ini jika tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Menerusi info yang dikeluarkan melalui Hello Doktor, diabetes adalah satu masalah kesihatan kronik yang merosakkan keupayaan tubuh untuk memproses glukosa darah atau juga dikenali sebagai gula darah. Keadaan ini berlaku apabila tubuh individu itu tidak menghasilkan insulin yang cukup atau tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan.

“Tanpa pengurusan yang berterusan dan terkawal, ia boleh menyebabkan pembentukan gula dalam darah.

“Keadaan ini sekali gus boleh meningkatkan risiko mendapat komplikasi berbahaya dan merosakkan pelbagai organ seperti sistem saraf, mata, buah pinggang, termasuk sakit jantung dan strok,” tulis artikel tersebut.

Menerusi satu perkongsian di jaringan X, Malaysia dikatakan menduduki tangga keempat di dunia dengan peratusan 19% populasi penghidap diabetes.

https://twitter.com/spectatorindex/status/1775465511574503912?s=20

Pakisan menduduki tangga pertama dengan 30.8% manakala Nigeria menduduki tangga terendah dengan 3.6%.

Bagaimanapun, kajian yang dibuat mengundang persoalan ramai apabila mereka mempersoalkan makanan yang menyumbang kepada penyakit ini. Lebih-lebih lagi apabila melihat carta lima teratas merupakan dari negara-negara Asia.

Ramai yang meneka beras atau nasi penyumbang kepada diabetes, namun ada juga yang tidak menolak kemungkinan pengambilan gula yang berlebihan.

Sumber:The Spectator Index

Total
0
Shares
Total
0
Share