'Mak tak ada kat rumah', rider Grab diperdaya budak kecil | The Reporter

‘Mak tak ada kat rumah’, rider Grab diperdaya budak kecil

Budak lelaki memperdaya rider Grab
Kanak- kanak lelaki yang cuba memperdayakan penghantar makanan. Gambar: FB Grabfood Riders Community Malaysia -GRCM

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang penghantar makanan hampir kehilangan mata pencarian gara-gara dipercayai ditipu oleh seorang budak kecil semasa menghantar makanan di kawasan Presint 11, Putrajaya.

Menurut perkongsian oleh Elman Razi dalam kumpulan Grab Rider Community Malaysia di Facebook, insiden berlaku ketika beliau menghantar pesanan ke sebuah unit di Jalan 11D/9, Precint 11, putrajaya

Dia meletakkan pesanan di atas rak kasut mengikut arahan dalam ruangan “remark”, sebelum didatangi seorang kanak-kanak yang mendakwa ibunya tiada di rumah kerana menghadiri kenduri di hujung kawasan perumahan.

“Saya pun 50/50 nak percaya, tapi ambil je lah gambar macam biasa sebab memang dah selalu buat macam tu,” tulis Elman.

Namun hanya kira-kira 10 minit kemudian, beliau menerima notifikasi bahawa pelanggan mendakwa makanan tidak dihantar. Pelanggan tutrut menghantar mesej dengan nada marah dan memaklumkan bahawa laporan telah dibuat kepada pusat khidmat pelanggan (CS).

Bimbang akaunnya disekat, Elman segera membuat laporan balas kepada pihak CS untuk melindungi dirinya.

Perkongsian tersebut menerima perhatian ramai netizen yang rata-rata menyuarakan sokongan terhadap Elman, dan pemuda terbabit menyeru agar penghantar makanan yang lain lebih berhati-hati jika menerima pesanan ke kawasan sama.

Netizen berharap pihak aplikasi tampil memperkemas sistem semakan aduan supaya kejadian seperti yang menimpa Elman tidak berulang dan menghukum penghantar makanan yang jujur.

Related Posts