Majlis Kahwin batal di saat akhir kerana pengantin perempuan curang dengan officemate - The Reporter

Majlis Kahwin batal di saat akhir kerana pengantin perempuan curang dengan officemate

Hancur luluh hati seorang lelaki apabila wanita yang bakal menjadi teman sehidup semati tidak hadir pada hari pernikahan mereka.

Walau bagaimanapun, majlis tetap diteruskan memandangkan kad jemputan sudah diedarkan sebelum hari kejadian. Dan di kesempatan itu, ibu kepada pengantin lelaki, Tengku Norma, tampil menjelaskan apa yang berlaku kepada para tetamu yang hadir.

https://www.tiktok.com/@demflacco/video/7420605882901302544

“Di atas sebab-sebab tertentu, pengantin perempuan telah membatalkan majlis perkahwinan ini pada saat akhir. Di mana segala persiapan majlis di sebelah pihak kami telah siap sedia sepenuhnya.

“Disebabkan berlaku pembatalan pada saat akhir, saya tidak dapat memaklumkan pembatalan tersebut kepada setiap jemputan kerana pada ketika itu saya tidak mempunyai kekuatan.

@demflacco

Replying to @SyakirSharifudin dengan apa pun yang terjadi, semua ini atas keizinan Allah. Aku dah redha lama sewaktu si dia batalkan, tipu kalau tak pertahankan namun Allah lebih mengetahui.

♬ perayaan mati rasa – Umay Shahab & Natania Karin

“Jadi saya mengambil keputusan untuk meneruskan majlis ini. Dengan pembatalan yang datang dari pengantin perempuan, saya dan keluarga telah mengadakan majlis bacaan doa selamat pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, Adam mendedahkan punca majlis perkahwinan dibatalkan adalah disebabkan oleh orang ketiga.

“Senang cerita ia melibatkan orang ketiga. Di mana pihak perempuan itu berkenalan dengan orang ketiga di tempat kerja. Sampai situ sajalah yang saya boleh cakap,” katanya.

https://www.tiktok.com/@mimieshop_99/video/7420859567761853703

Menurut Adam, hatinya mula berasa ada sesuatu yang tidak kena dengan pasangannya itu semenjak bulan Julai. Tetapi, ketika itu dia merasa mungkin dirinya terlalu banyak berfikir. Sehinggalah pada Ogos lalu, Allah menunjukkan ‘jawapannya’.

Walaupun begitu, Adam mengakui dia masih menerima dan mahu meneruskan perkahwinan mereka. Malangnya, wanita berkenaan tidak mahu meneruskan hubungan mereka dan telah menghantar kembali cincin pertunangan pada 23 September lalu.

Disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab wanita itu, Adam dan keluarganya reda serta menukar majlis perkahwinan tersebut kepada majlis bacaan doa selamat memandangkan persiapan yang telah dibuat tidak dapat dibatalkan.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!