Mahkamah Rayuan kekalkan keputusan Influencer Eira Aziera diperintah bayar ganti rugi RM100K kepada mangsa body shaming - The Reporter

Mahkamah Rayuan kekalkan keputusan Influencer Eira Aziera diperintah bayar ganti rugi RM100K kepada mangsa body shaming

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Mahkamah Rayuan Putrajaya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan pempengaruh, Eira Aziera, diperintah membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 kepada mangsa body shaming di media sosial pada Ogos 2020, iaitu Pesuruhjaya Sumpah, Suharnizan Md Sidek.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Kamaludin Md Said berkata, keputusan Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf kerana kata-kata yang diucapkan oleh defendan adalah fitnah dan jelas serta tidak memerlukan pakar untuk mengesahkannya.

“Kami dapati, jumlah ‘award’ (ganti rugi yang diperintahkan) oleh Mahkamah Tinggi adalah munasabah, tidak berlebihan atau tidak kurang. Mahkamah Tinggi sudah mengambil kira mengenai body shaming dan buli siber.

“Rayuan balas (untuk ganti rugi sebanyak RM2 juta) oleh pihak plaintif (mangsa) berhubung kuantum itu RM100,000) tiada meritnya dan ia ditolak. Kuantum itu adalah dikekalkan,” katanya.

Kesal suami plaintif tidak dipanggil untuk beri keterangan

Sebelum itu, peguam yang mewakili Eira, Yahaya Ahmad berkata, semua tuntutan plaintif terhadap anak guamnya adalah bersifat ‘hearsay’.

Malah beliau turut mempertikaikan mengapa suami kepada plaintif tidak dipanggil untuk memberi keterangan. Sedangkan dia adalah saksi penting kerana mendengar video selama satu jam itu. Kegagalan memanggil suami plaintif itu sekali gus menunjukkan kes itu gagal dibuktikan.

Namun, peguam mewakili Suharnizan, Mohd Rasheed Hassan berkata, tiada keperluan untuk memanggil suami plaintif kerana defendan telah mengaku membuat video tersebut.

Untuk pengetahuan umum, mangsa body shaming, Suharnizan telah memfailkan saman lebih RM2 juta terhadap Eira atas dakwaan menghina bentuk fizikalnya di media sosial.

Mahkamah Tinggi kemudian memerintah Eira membayar ganti rugi dan membuat permohonan maaf di semua akaun media sosialnya. Selain hantaran permohonaan maaf itu perlu dikekalkan selama enam bulan.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!