Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh, menegaskan bahawa Madani Mart bukan peniruan konsep Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang diperkenalkan pada 2011.
Memetik laporan Malaysia Kini, beliau menjelaskan bahawa Madani Mart berbeza kerana kerajaan tidak mengeluarkan sebarang modal bagi pembukaan cawangan pertama di Indera Mahkota, Kuantan.
“Dalam model KR1M terdahulu, kerajaan menanggung perbelanjaan modal, kerja ubah suai dan inventori. Di sini, kerajaan satu sen pun tidak keluarkan modal, jadi ia adalah model berbeza,” kata Fuziah.
Beliau juga menambah Madani Mart bukan konsep francais sepenuhnya kerana modelnya lebih fleksibel.
Baca juga:
- Banduan lari dari Penjara Sungai Buloh diberkas semula
- Kerajaan mungkin pertimbang potong gaji menteri jika ekonomi semakin mencabar
- Isu aurat dalam tahanan: Muslimat PAS gesa penambahbaikan segera
Menurut Fuziah, Madani Mart yang dikendalikan Yayasan Madani menyasarkan pembukaan sehingga 640 cawangan secara berperingkat di seluruh negara.
KR1M, yang diperkenalkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2011, dilaporkan mengalami kerugian lebih RM100 juta sebelum ditutup pada 2017, selepas membuka lebih 500 rangkaian kedai dalam tempoh enam tahun.








