'Maafkan Mama, RM1 Juta sahaja mampu bagi', hadiah mewah hari lahir anak usahawan curi tumpuan | The Reporter

‘Maafkan Mama, RM1 Juta sahaja mampu bagi’, hadiah mewah hari lahir anak usahawan curi tumpuan

Anak perempuan seorang usahawan wanita tersenyum menerima hadiah hari lahir mewah termasuk iMac, jam Rolex dan kereta Toyota Vellfire
Sambutan hari lahir mewah anak kepada pengasas produk tempatan menarik perhatian ramai. Gambar: TikTok Farhana Zahra

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kemeriahan sambutan hari lahir anak kepada seorang usahawan wanita menarik perhatian ramai di media sosial. Menerusi sebuah video tular yang dimuat naik oleh pengasas produk Momegojes dan Vavavoom, majlis berkenaan diraikan bersama ahli keluarga dan kenalan rapat.

Anak perempuan kepada usahawan tersebut tampil anggun dalam persalinan serba hitam, dan kelihatan tersenyum gembira apabila diraikan dalam suasana penuh meriah. Namun, apa yang paling mencuri perhatian netizen ialah jumlah hadiah yang disebutkan oleh si ibu.

Menurut Farhana, hadiah yang diberikan kepada anaknya yang berusia 11 tahun itu mencecah nilai RM1 juta.

“Maafkan mama, ini je yang mama mampu bagi untuk anak mama. RM1 juta sahaja mama habiskan untuk birthday kali ini.

“Semua keinginan Yaya mama dah penuhi hampir setiap hari. Jadi bila birthday, mama dah tak tahu nak bagi apa.

“Mama harap dengan pemberian tak seberapa ini, anak mama happy,” katanya.

https://www.tiktok.com/@farhanazahra91/video/7510903158978252050?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7449188224558499329

Dalam video tersebut, Farhana dilihat menghadiahkan anaknya sebuah komputer jenama Apple, jam tangan Rolex, serta sebuah kereta Toyota Vellfire, menjadikan sambutan itu antara yang paling mewah pernah dikongsikan dalam kalangan usahawan tempatan.

Video berkenaan turut menarik perhatian ramai selebriti dan usahawan lain, termasuk Aeril Zafrel yang meninggalkan komen berseloroh di ruangan komen.

“Alhamdulillah rezeki anak. Anak aku cuma dapat chiller je,” tulisnya.

Related Posts