Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo atau nama sebenar, Tuah Zolqarnain, ditamatkan kontrak berkuat kuasa semalam menimbulkan tanda tanya ramai khususnya pengikut stesen radio berkenaan.
Dalam kenyataan di Instagram, Tyzo memaklumkan dia sebenarnya tidak reda dengan keputusan itu. Namun terpaksa akur memandangkan dia hanya sekadar pekerja sahaja.
Ditambah pula dengan kata-kata terakhirnya sebelum keluar dari konti, “Kak Lin, terima kasih atas penganiayaan ini. Thank you so much,” membuatkan ramai yang mengaitkan DJ Lin dengan keputusan tersebut.
Di platform X, timbul spekulasi yang mendakwa punca penamatan Tyzo disebabkan kemenangannya mencapai anugerah di pentas berprestij, ABPBH 2023.

Bagaimanapun, pengurus besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin enggan memberi sebarang kenyataan berhubung isu itu dan memaklumkan dia terpaksa mengunci mulut atas arahan pihak pengurusan tertinggi.
“Minta maaf, saya tidak dibenarkan untuk beri apa-apa kenyataan. Tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkan.
“Insya-Allah Jumaat depan, kami akan jelaskan semuanya dalam satu sidang media,” katanya memetik laporan dari Kosmo! Online, Sabtu, 13 Januari 2023.
Terdahulu, salah seorang rakan Tyzo dari stesen Selangor FM mendakwa ada individu yang cuba menjatuhkan rakannya itu dengan menyekat peluang Tyzo untuk ‘bersinar’.
Sumber: Kosmo! Online, X