'Saya tak reda, terima kasih atas penganiayaan ini' - Tyzo ditamatkan tugas dari Suria FM, rakan spill ada orang nak jatuhkan dia - The Reporter

‘Saya tak reda, terima kasih atas penganiayaan ini’ – Tyzo ditamatkan tugas dari Suria FM, rakan spill ada orang nak jatuhkan dia

Penyampai radio terkenal, Tuah Zolqarnain Idris, yang lebih dikenali sebagai Tyzo, telah ditamatkan perkhidmatannya daripada stesen radio Suria FM, selepas berkhidmat selama lapan tahun.

Pengurus Besar Suria, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, memaklumkan keputusan ini dibuat berdasarkan strategi dan perancangan baru untuk Suria 2024, dengan tujuan untuk memastikan jenama Suria FM terus relevan dan memenuhi kehendak pendengar.

Bagaimanapun, kenyataan Tyzo di Instagram telah menimbulkan keraguan di kalangan netizen tentang apa yang sebenarnya berlaku. Dalam kenyataannya, Tyzo memohon maaf dan menegaskan bahawa ini bukan keputusannya.

Masih lagi mahu bekerja

Tyzo masih mahu bekerja dan untuk menanggung keluarganya. Dia juga menyatakan bahawa ini adalah harga yang perlu dibayar sebagai penyampai radio popular, merujuk kepada kemenangannya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023.

“Saya minta maaf kerana ini bukan keputusan saya. Saya masih lagi mahu bekerja. Saya punya anak, tapi ini bukan kehendak saya. Inilah harga yang perlu saya bayar untuk sebuah kemenangan penyampai radio popular.

“Selepas ini, mohon tiada pihak putarbelitkan cerita, tuduh berlagak diva demi menutup aib. Hanya yang pernah melaluinya sahaja tahu sakitnya.

“Buat Kak Rara, saya akan rindu bekerja dengan akak. Saya tak redha dengan pemergian ini. Tapi apakan daya, saya tiada kuasa dan pilihan. Saya harus pergi. Maafkan saya, selamat tinggal.”

Terima kasih atas penganiayaan?

Sebelum meninggalkan stesen, tular video Tyzo di mana dia berterima kasih kepada seseorang yang tidak ditunjukkan dalam video atas ‘penganiayaan’ itu.

“Terima kasih atas penganiayaan ini. Thank you so much”.

Ada pihak nak matikan kerjaya Tyzo?

Situasi menjadi semakin panas apabila seorang penyampai radio dari Selangor FM, DJ Anne tampil mengeluarkan kenyataan mengundang perhatian netizen, mengenai bagaimana nama Tyzo boleh ada dalam pencalonan ABPBH 2023.

DJ Anne atau nama sebenarnya Anie Mokhtar mendakwa, individu yang dimaksudkannya itu berlakon dan berpura-pura selama ini.

Foto: Oh My Media

Menyambung pendedahan lanjut melalui Instastorynya, DJ Anne memaklumkan, individu terbabit telah mencuba untuk ‘mematikan’ kerjaya Tyzo dan menganiayanya sejak dari awal lagi.

“Kau nak matikan kerja dia kan, kau downkan dia. Nama Tyzo pun kau tak hantar untuk ABPBH 2023 walaupun Tyzo adalah top 5 ABPBH 2022. Dari awal sebelum kemenangan dia kau dah cuba sekat peluang dia. Jahat dan tergamak.

“Tyzo tak cerita, biar aku cerita. Kau aniaya dia dari awal ye. Sorry you, I tak boleh tutup mulut orang buat you macam ni. Sumpah I tak boleh. (Dia) siap unfollow Tyzo. Cuak sangat ni. Takut dengan bayang-bayang sendiri ke? Show your true colour now, dasar fake.

Astro Gempak
Astro Gempak
Astro Gempak

“Sebab tu bila dah tua-tua, belajar terima hakikat diri dah sendu. Bila masih fefeeling inilah jadinya. Buat keputusan ikut kepentingan sendiri,” katanya.

Sumber: mStar Online, Oh My Media, IG Tyzo, Astro Gempak

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!