Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Setiap hari merupakan hari ibu. Akan tetapi, sebagai meraikan pengorbanan insan bergelar ibu, Mei merupakan satu bulan yang diraikan untuk kaum ibu.
Bermacam-macam bentuk penghargaan yang diraikan oleh anak-anak buat ibu-ibu mereka. Tidak mengira mahal atau sederhana, hari tersebut diraikan sebagai satu kenangan yang manis.
Kesungguhan lelaki ini dipuji apabila meraikan ibunya berbelanja di sebuah kedai terkenal dalam kalangan ‘mak-mak sekarang’.
Walaupun dia menyatakan hanya mampu membelanjakan ibunya di kedai ECO RM2, tetapi netizen memuji ingatan beliau kepada ibunya.
“Selamat hari ibu. Maaf hanya mampu bawak shopping kedai ECO RM2,” katanya.
Kelihatan ibunya yang memakai baju berwarna ungu leka membeli barangan kegemarannya.
Kata netizen, walaupun membelanjakan ibunya dengan cara begitu, sudah cukup untuk membuatkan ibunya seronok.
Sumber: Mazuan Farishman








