'Luluh hati tengok anak terseksa macam ni' - Ibu kesal tangan anaknya cedera dibalut dengan ketat - The Reporter

‘Luluh hati tengok anak terseksa macam ni’ – Ibu kesal tangan anaknya cedera dibalut dengan ketat

10 Julai lalu, jam 9.30 malam, seorang wanita bernama Eiyha Fatieyha membawa anaknya ke hospital kerana mengalami gejala muntah dan cirit birit.

Menurut Eiyha, dia memaklumkan kepada jururawat bahawa anaknya, Sufi, menghidap autisme yang tidak boleh bercakap dan memahami arahan.

Apabila dimasukkan ke wad, kedua-dua tangan Sufi dibalut dengan kain ‘bandage’ kerana bimbang kanak-kanak itu membuka jarum drip air. Namun, Sufi masih dapat membuka balutan itu menyebabkan jururawat mengikat balutan itu dengan lebih ketat. Hal itu membuatkan Sufi berasa tidak selesa. Tetapi Eiyha terpaksa membiarkannya.

Pada keesokkan harinya kira-kira jam 4 petang, jururawat memaklumkan Sufi tidak perlu lagi menggunakan drip air. Dalam masa sama, Eiyha bertanya sama ada balutan di tangan anaknya boleh dibuka atau tidak. Jururawat tidak mengizinkannya berbuat demikian.

“Saya tanya boleh tak kalau buka balutan di tangannya itu sebab anak saya tak selesa. Jururawat kata tak boleh, kena tunggu sampai discharge baru boleh buka.

“Keesokkannya doktor beritahu boleh discharge. Jam 10.30 pagi, tengok Sufi tak selesa, merengek tak mahu tidur sepanjang malam. Siang pun tidur sekejap-sekejap sahaja. Saya terus buka balutan itu sendiri tanpa memanggil jururawat.

“Bila buka, terkejut tengok keadaan tangan Sufi yang mengecut. Terus panggil jururawat. Doktor yang periksa terus rujuk Sufi kepada doktor ortopedik sebab berlaku kecederaan pada muscle yang serius,” katanya.

Disebabkan itu, Sufi terpaksa ditahan wad sekali lagi untuk rawatan tangannya yang cedera berpunca dari tekanan balutan yang kuat sehingga menyebabkan darah tidak dapat mengalir ke bahagian tangan dalam tempoh lebih kurang 34 jam.

“Merana anak saya, rasa bersalah sebagai ibu sebab tak berkeras suruh jururawat buka balutan itu awal.

“Sekarang, 14 Julai, masih berada di hospital untuk rawatan tangan dan masih belum ada tanda-tanda untuk sembuh. Luluh hati melihat anak autism non verbal terseksa macam ni. Mohon semua doakan anak istimewa saya diberikan kesembuhan seperti sediakala. Terseksa betul hati melihat keadaan anak seperti ini,” ujarnya.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!