Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Jika direzekikan, sempurna atau tidak, nescaya Allah berikan jalan dan ruang yang mudah menuju ke tanah suci.
Satu perkongsian video yang amat menyentuh hati netizen melihat sekumpulan jemaah istimewa yang dibawa ke Mekah.
Video yang dikongsikan oleh sebuah agensi pelancongan Andalusia itu merakamkan detik-detik jemaah yang menunaikan tawaf di Mekah.
“Luluh hati melihat jemaah istimewa ini tiba di hadapan Kaabah.
“Bagi insan yang celik, video ini bukti ibadah umrah yang telah disempurnakan, namun bagi tetamu Allah yang istimewa dari PERTIS ini, kenangan ini pasti diabadikan dalam sanubari mereka dan bakal ditayangkan semula dihadapan Yang Maha Pencipta di akhirat kelak.
“Semoga jemaah istimewa ini dapat peroleh pahala umrah yang maqbullah dan diberikan nikmat melihat satu hari nanti,” tulis hantaran tersebut.
Ketika Mutawwif yang dikenali sebagai Ustaz Rock menyatakan mereka semua sudah berada di depan kaabah, jemaah dilihat menangis dan sebak.
Dan ketika mereka ingin melakukan tawaf, kelihatan seorang wanita Arab menjaga laluan supaya dipermudahkan urusan ibadah mereka.
Sumber: Andalusia HQ








