Bayangkan dah bersiap ke destinasi, tiba-tiba lif rosak. Itulah yang terjadi kepada Ismail Azemin, seorang pejuang kecederaan saraf tunjang, ketika berada di Stesen KTM Bukit Mertajam.
Dalam videonya yang tular, Ismail yang menggunakan kerusi roda terkandas kerana lif di stesen itu sedang diselenggara. Keadaan jadi lebih mencabar sebab tangga di situ tinggi dan tiada laluan alternatif untuk OKU.
Tapi mujurlah masih ada orang baik. Dua lelaki yang kebetulan berada di situ tanpa ragu-ragu mengangkat Ismail menaiki tangga walaupun mereka sedang berpuasa.
“Kejadian tak diduga. Lift KTM Bukit Mertajam under maintenance. Syukur Allah hadirkan orang baik. Walaupun berpuasa, masih sudi membantu. Terima kasih orang baik-baik,” tulis Ismail dalam kapsyen videonya.
- Aliff Daniel, ibu ditahan JAIS, 14 individu lain bakal dipanggil bantu siasatan
- Syed Saddiq gesa tindakan tegas terhadap negara jiran susulan isu jerebu
- ‘Saya kagum dengan sejarah kalian, namun…’ – Ryzal Ibrahim
- Polis cari saksi kemalangan maut di Lebuhraya Cheras-Kajang
- ‘Mak cik nak jalan kaki, anak kemalangan’ – Pilu ibu kehilangan anak tunggal lelaki
Tindakan mereka ini buat ramai tersentuh hati. Di ruangan komen, netizen bukan saja mendoakan kebaikan buat dua lelaki itu, malah ramai yang meluahkan simpati atas kesukaran yang dihadapi oleh golongan OKU dalam menggunakan pengangkutan awam.
Ada yang kesal kerana masalah lif rosak bukanlah sesuatu yang baru, dan berharap pihak berwajib lebih serius dalam memastikan kemudahan OKU sentiasa berfungsi.








