Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Wanita yang mengandung tidak terlepas dari mengalami alahan. Kata orang pembawakan budak ini ada kalanya sehingga usia kandungan mencecah tiga bulan dan ada juga berlarutan sehingga ke trimester ketiga.
Tapi, agak berlainan pula keadaan bagi wanita ini. Tempias alahan terkena pada suaminya.
Menerusi beberapa perkongsian di TikTok shah_nazri, suaminya dirakam duduk dan mencium pokok limau di depan rumah mereka bagi mengatasi alahan yang dialami.
“Yang mengandung orang lain, yang alah orang lain.
“Kasihan ada, keseronokan pun ada bila suami menerima alahan mengandung,” katanya.
Selain itu juga, beberapa rakaman diambil suaminya kelihatan lesu dan termenung panjang.
Bagaimanapun, menerusi beberapa komen katanya menurut orang tua-tua alahan tersebut berpindah pada suami kerana si suami sangat sayangkan isteri dan tidak mahu membiarkan isterinya menanggung alahan.
Dalam istilah lain pula disebut sebagai couvade syndrome.








