Gara-gara dibuang daripada kumpulan WhatsApp, seorang lelaki tergamak menembak mati pentadbir (admin) kumpulan berkenaan dalam kejadian di kawasan Regi, pinggir bandar Peshawar, Pakistan, 6 Mac lalu.
Mangsa, Mushtaq Ahmed, maut di lokasi selepas ditembak suspek dikenali sebagai Ashfaq atau Ashfaq Khan yang dipercayai berang kerana dikeluarkan daripada kumpulan itu berikutan perselisihan sebelum ini.
Ajak berbincang, tetapi datang bawa senjata
Menurut polis, suspek pada mulanya bersetuju bertemu mangsa untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah di antara mereka. Bagaimanapun, suspek datang membawa senjata api sebelum melepaskan tembakan ke arah Mushtaq.
Tembakan itu menyebabkan mangsa rebah di tempat kejadian. Suspek kemudian melarikan diri sebelum berjaya ditahan di sebuah stesen Frontier Constabulary di Hayatabad dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Baca juga:
- Baru hari pertama sekolah, kanak-kanak Palestin terbunuh bersama bapa
- Adidas mohon maaf selepas kempen tampilkan bekas tentera Israel cetus gesaan boikot
- PM Thailand arah warga Perancis dihantar pulang selepas larang warga Israel masuk zoo
Netizen kecam tindakan melampau
Insiden ini tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Ramai netizen meluahkan rasa marah dan terkejut kerana pertelingkahan kecil di ruang maya boleh berakhir dengan pembunuhan.
Ada juga yang menggesa pihak berkuasa memperketat kawalan senjata api dan menggalakkan masyarakat mencari jalan damai, bukannya menyelesaikan masalah dengan kekerasan.
Sumber: People








