Lelaki tarik Tesla guna lembu, selepas kereta tak dapat dicas - The Reporter

Lelaki tarik Tesla guna lembu, selepas kereta tak dapat dicas

Tesla tidak boleh dicas

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


SHANDONG, CHINA – Seorang lelaki menarik perhatian ramai apabila dia menggunakan lembu untuk menarik sebuah kereta Tesla Model 3 terpakai, selepas mendapati kereta tersebut tidak boleh dicas.

Difahamkan, lelaki itu membeli kereta tersebut dengan harga 101,000 yuan (RM66,000) melalui platform jualan kereta terpakai, Guazi.

Protes

Menurut laman web rasmi Tesla di China, model ini dijual bermula 335,900 yuan (RM220,000). Bagaimanapun, selepas memandu, dia mendapati ada amaran yang menunjukkan bateri kereta tersebut bermasalah. Tidak jelas sama ada lelaki ini sempat menguji kereta itu sebelum membelinya.

Selepas gagal menyelesaikan masalah dengan Guazi dan Tesla, lelaki itu membuat protes dengan menarik keretanya menggunakan lembu di jalan raya. Malah, kereta itu juga dicat dengan tulisan ‘Ditipu oleh Guazi’ dan ‘Penipuan’.

Tindakan lelaki itu menarik perhatian orang ramai yang memperlahankan kenderaan untuk melihat dan merakam kejadian. Dia kemudian meletakkan kereta itu di hadapan bilik pameran Guazi.

Pembeli perlu periksa sendiri keadaan kereta

Seorang kakitangan Guazi menjelaskan bahawa semua kenderaan diperiksa sebelum dijual, dan lelaki itu membeli kereta melalui perkhidmatan khas untuk peniaga profesional, Chesupai. Tesla itu adalah sebahagian daripada promosi untuk peniaga, jadi pembeli perlu menilai sendiri keadaan kereta tersebut.

Pada 23 Oktober, Guazi menjelaskan pembeli adalah seorang peniaga yang telah melakukan lebih 30 transaksi di platform itu. Laporan pemeriksaan menunjukkan kereta tersebut telah mencatatkan lebih 280,000km dan mempunyai sejarah kerosakan besar. Kereta itu diberi gred D, yang perlu dibeli dengan berhati-hati.

Walaupun bateri kereta itu telah merosot, prestasi bateri tidak termasuk dalam pemeriksaan pra-jualan. Namun, mereka telah memproses pemulangan dan memberikan bayaran balik kepada pembeli.

Kejadian ini mengundang pelbagai komen daripada netizen. Antaranya, ada yang menyatakan rasa simpati terhadap lembu tersebut sambil mempersoalkan bagaimana kereta yang tidak boleh dicas dan dianggap seperti besi buruk dijual pada harga 101,000 yuan (RM66,000).

Selain itu, ada yang mempertikaikan tujuan platform itu jika pembeli perlu menilai sendiri dan menanggung semua risiko. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!