Lelaki tampil mohon maaf, nafi komen biadab berhubung nahas helikopter TLDM di Lumut | The Reporter

Lelaki tampil mohon maaf, nafi komen biadab berhubung nahas helikopter TLDM di Lumut

Gambar komen yang tular di media sosial

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Semalam negara dikejutkan dengan tragedi dua helikopter tentera terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut, yang mengorbankan 10 anggotanya.

Namun, ada beberapa komen tidak sensitif dikesan di media sosial. Antaranya komen dari seorang individu ini yang berkata, “Baru raptai dah mamp##. Tak sempat nak perang”.

Komen yang tular di media sosial sejak semalam

Komennya itu mengundang kemarahan ramai dan netizen menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap individu berkenaan yang jelas mengguris hati dan perasaan waris mangsa.

Tampil mohon maaf, ada isi tersirat pada komen

Bagaimanapun, lelaki itu tampil memohon maaf dan menjelaskan komennya sebelum ini mengandungi maksud tersirat.

“Saya mohon maaf kerana komen saya melampaui batas. Secara jujur, ia adalah perkara pertama yang saya fikir bila melihat video tersebut. Bukanlah bermaksud saya ingin merendahkan atau mencaci mereka yang terkorban. Cuma saya mengharapkan sekiranya perajurit negara terkorban, bukan sebegini rupa.

“Saya berharap siasatan dijalankan untuk mengetahui apakah punca sebenar, kesilapan manusia atau equipment malfunction.

“Sekiranya saya menghuraikan kome saya sebelum ini, ia sebenarnya bermaksud:

“Innalillahi Wa Inna Lillaihi Rajiun, takziah kepada mangsa dan keluarga mangsa. Semoga selepas ini perkara seperti ini dapat dielakkan daripada berulang di masa hadapan.

“Selepas punca sebenar diketahui dan langkah-langkah pencegahan dapat diambil, agar tujuan mereka berkhidmat dapat dicapai dan nyawa tidak disia-siakan,” katanya.

Related Posts