Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sejak semalam, tular gambar tangkap layar seorang lelaki yang yang disyaki melakukan penipuan dengan di media sosial untuk mengutip sumbangan awam.
Menurut beberapa sumber, lelaki itu yang berperwatakan alim menggunakan modus operandi berkongsi gambar bil elektrik berjumlah ratusan hingga ribuan ringgit di Facebook dengan kapsyen menunggang agama.
“Salam Jumaat. Siapa nak cahayakan rumah Allah di Pondok An N###? Tempat anak-anak tahfiz dan pondok belajar. Mudah-mudahan Allah cahayakan kubur kita dan dilapangkan nya dengan rahmat Nya”.
Menurut komuniti anti scammer, lelaki terbabit berkongsi bil elektrik tertunggak untuk menagih simpati. Setelah mendapat sumbangan, bil elektrik hanya dibayar dengan amaun RM10-RM20. Pada bulan seterusnya, cara yang sama diulang semula untuk mendapatkan sumbangan orang awam.

Nafi minta sumbangan?
Bagaimanapun, lelaki itu tampil menjawab semua tuduhan tersebut. Malah dia mendakwa, tidak pernah membuat hantaran sedemikian di akaun Facebooknya.

“Untuk makluman anda. Jika ada status kononnya dari Facebook saya, maka anda semak Facebook original saya ini.
“Scroll ke bawah, ada tak status yang sama seperti it? Kalau tiada, bermakna status tersebut adalah akaun palsu walaupun Facebook tersebut ada gambar saya,” katanya yang juga telah menutup ruangan komen.
Semakan di platform berkenaan, akaun Facebook yang didakwa palsu itu tiada dalam senarai carian.
Di hantarannya dua hari yang lalu, dia turut memberi pesanan berikut:

“Jauhkan diri dari para pendengki kerana mereka adalah manusia yang tidak redha dengan qadha Allah kepada orang lain, tidak tahu bersyukur dengan apa yang mereka ada, manusia jumud yang tidak bergerak ke hadapan. Masa mereka dihabiskan dengan meratapi kekurangan diri dan kesedihan melihat kemajuan orang lain.
“Mereka adalah manusia yang akan mengheret kita kepada cerita fitnah dan hasad. Kesimpulannya mereka adalah orang-orang jahil yang Allah meminta kita berpaling dari mereka,” ujarnya.








