Lelaki sengaja lepaskan ular kobra dalam bilik, pagi keesokan hari isteri & anak perempuannya berusia 2 tahun ditemui mati - The Reporter

Lelaki sengaja lepaskan ular kobra dalam bilik, pagi keesokan hari isteri & anak perempuannya berusia 2 tahun ditemui mati

Seorang lelaki berumur 25 tahun telah ditahan polis pada Khamis lalu kerana didakwa membunuh isteri dan anak perempuannya berumur dua tahun, dengan melepaskan ular berbisa ke dalam bilik mereka di daerah Ganjam.

Menurut jurucakap polis, kejadian itu berlaku kira-kira sebulan yang lalu di kampung Adheigaon.

Siasatan awal mendapati, berlaku perselisihan faham di antara suspek yang dikenali sebagai K Ganesh Patra, dengan isterinya, K Basanti Patra, 23.

Pasangan berkenaan berkahwin pada tahun 2020 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur dua tahun, bernama Debasmita.

Suspek didakwa mengambil ular berbisa berkenaan dari seorang pawang dengan alasan mahu menggunakan reptilia tersebut untuk tujuan agama.

Pada 6 Oktober, suspek membawa pulang ular kobra menggunakan balang plastik. Kemudian dia melepaskan ular ituke dalam bilik di mana isteri dan anak perempuannya sedang tidur.

Pada keesokan pagi, dua beranak itu ditemui mati dengan kesan patukan ular. Ketika kejadian, suspek tidur di bilik lain.

Polis pada awalnya mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. Tetapi bapa mangsa membuat laporan polis dan mendakwa suspek telah merancang membunuh anaknya.

Selepas sebulan kemudian, polis menahan suspek setelah pihaknya berjaya mengumpul bukti untuk mendakwa suspek. Suspek pada mulanya menafikan dakwaan itu dan mendakwa ular berbisa itu mungkin telah masuk ke dalam bilik.

Setelah didesak berulang kali, suspek akhirnya mengaku melakukan jenayah itu.

Sumber: NDTV

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!