Lelaki sebak, hasrat mahu bertemu dengan Ustaz Azhar Idrus tercapai | The Reporter

Lelaki sebak, hasrat mahu bertemu dengan Ustaz Azhar Idrus tercapai

Irfan sebak dan bersalaman dengan Ustaz Azhar Idrus.
Irfan gagal menahan sebak bertemu dengan Ustaz Azhar Idrus. Gambar: Tangkap layar video Molek FM.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini tular kisah seorang lelaki yang meluahkan hasrat untuk melawat sebuah masjid terkenal di Terengganu, iaitu Masjid Kristal. Namun, dalam usahanya itu, lelaki yang berasal dari Johor ini berdepan ujian apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kuantan.

Bagaimanapun, dia sebak apabila akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke masjid berkenaan walaupun dengan 11 jahitan di kaki. Menurutnya, walaupun telah dinasihati doktor untuk pulang ke rumah, dia tetap nekad untuk meneruskan perjalanan ke Masjid Kristal.

https://www.tiktok.com/@muazzamirfn/video/7524274830699465991?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7449188224558499329

“Doktor suruh balik je, tapi aku memang nak sangat ke sini dengan niat nak pergi tengok Masjid Kristal. Pedih luka jahit tu kena angin sepanjang lima jam sambung perjalanan dari Pahang ke Terengganu sampai lembik badan.

Dan aku sampai dengan bekal tawakal, walaupun jasad aku memang rebah tapi aku tekad,” katanya.

Bukan itu sahaja, lelaki yang dikenali sebagai Irfan turut menyimpan hasrat untuk bertemu pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus. Hasrat itu akhirnya tertunai apabila stesen radio Molek FM berjaya mempertemukan Irfan dengan Ustaz Azhar Idrus.

Baca juga:
https://www.tiktok.com/@molekfm/video/7529799394217020679?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7449188224558499329

Sekali lagi, Irfan dilihat begitu sebak apabila melihat pendakwah yang disegani itu berada di depan matanya.

“Saya usaha banyak kali Ustaz, tiga kali saya usaha pusing balik nak jumpa dengan Ustaz. Saya minat Ustaz dari kecil,” luahnya kepada Ustaz Azhar Idrus.

Menerusi video yang dikongsikan Molek FM, Irfan turut memberikan Ustaz Azhar Idrus cenderamata, dan Ustaz pula menghadiahkan Irfan sepasang baju Melayu.

Related Posts