Lelaki Mesir baling botol berisi makanan ke laut untuk penduduk Gaza | The Reporter

Lelaki Mesir baling botol berisi makanan ke laut untuk penduduk Gaza

Lelaki Mesir membaling botol berisi makanan ke laut.
Tangkap layar video tular seorang lelaki Mesir membaling botol berisi makanan ke laut.

Konflik yang berlaku di Gaza masih belum menemui titik noktah. Selain kehilangan pekerjaan dan tempat tinggal, Gaza kini berdepan pula dengan krisis makanan yang semakin kritikal.

Serangan berterusan telah memusnahkan perkhidmatan penting dan saluran bekalan utama, menyebabkan ratusan ribu penduduk berisiko kebuluran selepas bantuan kemanusiaan ke Gaza disekat oleh Israel sejak 2 Mac lalu.

Prihatin dengan nasib penduduk Gaza, seorang lelaki dari Mesir mengambil inisiatif mengisi bahan mentah ke dalam botol plastik, dengan harapan ia dapat sampai ke wilayah itu.

Menerusi video yang tular, lelaki berkenaan dilihat melemparkan botol-botol berisi biji-bijian dan tepung ke laut sambil membaca doa.

“Maafkan kami, saudara-saudara di sana. Ya Allah, sebagaimana Engkau telah membawa Nabi Nuh di lautan, di tengah gelombang sebesar gunung, sampaikanlah ini daripada kami kepada Gaza.

“Ya Allah, sesungguhnya laut ini adalah salah satu daripada tentera-Mu. Bawalah ini daripada kami kepada Gaza. Ya Allah, wahai Zat yang membelah laut untuk Nabi Musa, sampaikanlah botol ini kepada Gaza,” katanya.

@selvyysistedyy

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sebuah video yang diposting di media sosial menunjukkan seorang pria Mesir melemparkan botol-botol plastik yang berisi biji-bijian dan tepung ke laut, dengan harapan botol-botol tersebut akan sampai ke Gaza. Dalam 24 jam terakhir, rumah sakit-rumah sakit di wilayah yang terkepung tersebut mencatat 15 kematian akibat kelaparan dan malnutrisi, termasuk empat anak-anak. Dengan demikian, jumlah korban meninggal akibat kelaparan di Gaza telah mencapai setidaknya 101 jiwa, menurut catatan Kementerian Kesehatan Palestina.

♬ оригинальный звук – user96328095974
Baca juga:

Lelaki itu turut mengajak orang ramai melakukan perkara yang sama sebagai tanda solidariti terhadap penduduk Gaza.

Susulan video berkenaan, ramai penduduk Mesir dilaporkan turut ‘turun padang’ melakukan tindakan serupa.

@abu.ajiem15

Keluarga ini merasakan kesakitan dan tidak menunggu sesiapa-mereka hanya bertindak. Apa yang mereka lakukan mungkin kelihatan kecil, tetapi bagi rakyat di Gaza, ia amat bermakna.

♬ my girl korean drama OST – rose♡

Related Posts