Lelaki ditahan, tunjuk aksi drift sehingga rempuh kereta lain - The Reporter

Lelaki ditahan, tunjuk aksi drift sehingga rempuh kereta lain

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Satu video tular memaparkan seorang lelaki melakukan aksi drift di Jalan Desa Botani 1, Taman Botani, Batu Pahat malam lalu. Bagaimanapun lagak aksi yang dilakukan mengundang padah apabila kereta jensi Toyota Supra yang dipandunya melanggar kenderaan lain yang diparkir di tepi jalan.

Susulan insiden berkenaan, Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata polis telah menjalankan siasatan sebelum berjaya menahan lelaki itu pada jam 1.15 tengahari tadi.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) daerah Batu Pahat mengesan paparan video tular di Facebook menunjukkan rakaman kereta dipandu secara berbahaya sambil melakukan drift.

“Tindakan suspek menyebabkan keretanya dipandu merempuh pacuan empat roda yang diparkir di tempat kejadian.

“Bertindak atas maklumat serta hasil risikan lanjut, polis berjaya mengenal pasti pemandu dan kenderaan yang terbabit,”katanya.

Menurutnya lagi, suspek telah ditahan dan ujian saringan saringan air kencing ke atas suspek mendapati dia negatif dadah. Dalam pada itu juga,kereta terbabit turut disita untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya. Perintah tahanan reman turut dikeluarkan Mahkamah Majistret Batu Pahat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Sumber: Berita Harian, Sinar Harian

Total
0
Shares
Total
0
Share