Lelaki ditahan kerana bakar isteri yang jalin hubungan dengan abangnya | The Reporter

Lelaki ditahan kerana bakar isteri yang jalin hubungan dengan abangnya

Seorang lelaki di Bangkok yang dikenali sebagai Mew, telah ditahan polis kerana didakwa cuba membunuh isterinya dengan menyiram alkohol dan membakarnya di jalanan. 

Lapor Thaiger, kejadian ini berlaku pada 22 Ogos lalu di daerah Bang Khae, Bangkok, yang dipercayai berpunca daripada cinta tiga segi.

Mew, yang berusia 27 tahun, bagaimanapun  tampil menyerah diri kepada polis selepas kejadian itu. Isterinya kini berada dalam keadaan kritikal di Hospital Siriraj dan tidak dapat memberikan kenyataan. 

Siasatan polis mendapati, Mew telah menyiram alkohol ke atas kepala isterinya sebelum menyalakan api. 

Motif serangan itu adalah kerana cemburu dan kemarahan Mew terhadap kecurangan isterinya. Mew dan abangnya dikatakan menjalin hubungan cinta dengan wanita yang sama, yang mencetuskan ketegangan di antara mereka. 

Mew mengaku melakukan jenayah itu kerana marah dan cemburu. Dia kini berada dalam tahanan polis untuk tindakan undang-undang selanjutnya. 

Related Posts