Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Gara-gara menegur perbuatan seorang pelanggan yang merokok, pengurus sebuah medan selera diugut dengan senjata yang dipercayai sepucuk pistol.
Menerusi rakaman tular, berlaku pertengkaran melibatkan tiga individu, dua lelaki dan seorang wanita.
Seolah tidak berpuas hati dengan teguran, lelaki berkenaan dilihat menyelak baju yang dipakai dan menampakkan pistol yang diselit di pinggangnya.
Satu mesej tular yang dipercayai dihantar oleh pekerja di medan selera berkenaan menceritakan kisah di sebalik kejadian.

“Dua hari lepas, lelaki yang berbaju putih dan kawan dia hisap rokok kat food court kami.
“Jadi manager tegur dengan cara sopan, tapi dia tak boleh terima. Lepas tu dia siap tunjuk pistol dia,” katanya.
Menerusi mesej berkenaan juga, diceritakan pelaku ada mengacu pistol ke perut pengurus tersebut.

Sumber: Negori09








