Bukan 'suami' yang hilang, lelaki dakwa diganggu wanita obses sejak 2020 | The Reporter

Bukan ‘suami’ yang hilang, lelaki dakwa diganggu wanita obses sejak 2020

Wanita obses
Tangkap layar video yang merakamkan Zulhilmi menghalau wanita berkenaan keluar dari perpustakaan.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


“Saya ialah mangsa gangguan seksual oleh seorang wanita tidak waras sejak April 2020!” – Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang tenaga pengajar menerusi sebuah video yang tular di media sosial.

Zulhilmi tampil membuat pendedahan mengenai gangguan berpanjangan yang dialaminya sejak lima tahun lalu, oleh seorang wanita yang dipercayai mengalami masalah kesihatan mental.

Terdahulu, tular sebuah video dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Abidatul yang mendakwa sedang mencari ‘suaminya’ yang kononnya telah menghilangkan diri.

Menurut Zulhilmi, kejadian terbaru berlaku pada Januari lalu di Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, apabila wanita berkenaan tiba-tiba hadir dengan alasan untuk ‘berbincang’, walaupun beliau telah berulang kali menyatakan bahawa kehadiran individu tersebut tidak dialu-alukan.

Ketika kejadian, wanita itu telah mengganggu beliau yang sedang menyiapkan tugasan akademik, sehingga memaksa beliau menghalau wanita berkenaan dari kawasan perpustakaan. Kejadian tersebut turut sempat dirakam oleh seorang pelajar yang berada di lokasi.

@zulhill_me

kejadian pada 14 January 2025. si ppuan yg ada masalah mental ni mengganggu aku di Library UIAM Gombak. video ni menunjukkan yg aku sedang halau dia drpd library sbb dia mengganggu aku yg sedang buat assignment di library. video ni dirakam oleh salah seorang pelajar yang menyaksikan kejadian ini. dia tiba2 muncul di library tu utk ‘berbincang’ kononnya. padahal dah beribu kali aku ckp yg aku langsung tak berminat dgn si gila ni dan beribu kali aku ckp yg aku tak akan approve dia follow ig aku. semua kegilaan ni bermula apabila aku remove dia drpd jadi follower ig aku. knp aku remove? sbb aku rasa sgt2 tak selesa setiap kali aku buat story ig, dia akan jadi yg terawal view story ig aku. since dia dah kena removed sejak April 2020, sampai skrg dia meroyan, harrass aku selama 5 tahun. skrg dah genap 5 tahun. masuk May 2025 nnt otw jadi 6 tahun aku di-harrass. dia punya obsess dgn aku mengalahkan yang mcm aku prnh berzina dgn dia pastu aku buang dia mcm tu je. utk pengetahuan semua, dia ni lah terpaling introvert, time dulu2 kalau berselilisih dgn aku, mcm tak pernah kenal! bercakap pun sekali dua je mcm tu. aku tak pernah beri dia apa2 harapan ye utk bercinta dgn dia! tapi dia punya obsess tu ma sya allah! dia mmg ada masalah mental dari dulu lagi. korg boleh baca sejarah hidup dia yg dia harrass jantan lain sebelum aku kat link fb: Baihaqi Yusnan

♬ original sound – zulhill_me – zulhill_me

Jelas Zulhilmi, gangguan tersebut bermula sekitar April 2020, selepas beliau mengambil keputusan untuk menyahikut (remove) wanita terbabit daripada senarai pengikut Instagram miliknya. Katanya, tindakan itu dibuat kerana berasa amat tidak selesa apabila wanita tersebut sering menjadi individu pertama yang melihat setiap hantaran IG Story beliau.

“Sejak itu, dia tidak berhenti mengganggu saya. Bermula dengan cubaan mengikuti media sosial saya semula, sehinggalah kepada gangguan fizikal dan penyebaran fitnah dalam talian,” katanya.

Penafian

Tambahnya lagi, gangguan tersebut telah berlarutan sehingga kini, dan beliau menafikan sekeras-kerasnya sebarang hubungan romantik mahupun sejarah percintaan dengan wanita terbabit. Beliau turut menyifatkan tindakan wanita itu sebagai fitnah serta satu bentuk delusi melampau.

“Saya tidak pernah bercinta, memberi harapan, mahupun mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan individu tersebut. Kami hanya pernah berada dalam kelas yang sama dua atau tiga kali sepanjang pengajian, dan perbualan antara kami juga sangat minimum,” jelasnya.

Dalam pada itu, Zulhilmi turut menyertakan surat penafian rasmi berhubung tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh wanita berkenaan.

Menerusi surat tersebut, beliau menafikan semua dakwaan yang dibuat dan menyifatkan ia sebagai tidak benar, tidak berasas serta berunsur fitnah. Zulhilmi juga menegaskan bahawa beliau tidak pernah menjadi suami kepada individu tersebut, seperti yang didakwa secara terbuka di media sosial.

Tindakan undang-undang

Susulan daripada itu, beliau telah membuat laporan polis dan telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap individu terbabit.

Sementara itu, wanita berkenaan yang menggunakan nama akaun zulhilmi.abidatul telah memberikan maklum balas mengenai segala kenyataan yang dikeluarkan.

Related Posts