Lelaki cuba tembak isteri, tetapi tertembak pengawal peribadi - The Reporter

Lelaki cuba tembak isteri, tetapi tertembak pengawal peribadi

Polis mengesahkan berlaku kejadian tembak di Balai Ketibaan KLIA 1 pada jam 1.30 pagi Ahad, 14 April 2024.

Ketua Polis Selangor, Dato’ Hussein Omar Khan berkata, suspek melepaskan tembakan sebanyak dua kali dan salah satu tembakan terkena pada seorang lelaki tempatan yang juga merupakan pengawal peribadi.

Siasatan lanjut kemudian mendapati, suspek dipercayai mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di situ.

Malangnya, tembakan itu mengenai pengawal peribadi yang menyebabkannya cedera parah. Suspek dikatakan terus melarikan diri.

Motif kejadian masih dalam siasatan polis dan kes diklasifikasikan sebagai kes cubaan membunuh di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api.

Identiti suspek juga telah dikenalpasti dan dipercayai sedang melarikan diri ke arah utara.

“Kejadian ini adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan atau mana-mana kumpulan. Keadaan di KLIA adalah terkawal dan selamat,” katanya.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!